Wednesday, August 27, 2008

4 isteriku....

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu. Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga denganisterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganyaini kepada semua temannya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain. Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit. Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangatsetia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yangmerawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya. Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini, aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri." Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya padaisteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun danperhiasan yang indah. Nah sekarang, aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu ! saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya. Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu. Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu." Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putusasa. Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akanikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu, aku akan setiabersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapatiisteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus.Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagangLalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat akumampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku." Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini; ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanjaYang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanyaakan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahandan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA. ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya. ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekathubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita. DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terussetia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak. Jadi, selagi mampu, perlakukanlah jiwa dan amal kita dengan bijak. Jangan
sampai kita menyesal kemudian hari!...

Monday, August 4, 2008

Fadhilat Bulan Syaaban

Islam memberikan pelbagai peluang keemasan yang seharusnya diterokai dan diikuti oleh setiap penganutnya. Peluang yang diberikan oleh Islam ialah dengan memberikan pelbagai tawaran dan ganjaran yang akan diperolehi sekiranya mereka berusaha untuk mematuhi ajarannya. Inilah yang mencorakkan keindahan ajaran Islam. Semua ini bertindak sebagai pencetus daya motivasi mereka untuk terus berusaha dan bekerja di samping mengejar segala kebaikan dan menjauhi segala kejahatan. Kelebihan yang baik itu seterusnya diberikan hanya kepada mereka yang berusaha mencari kebaikan dan menghapuskan kejahatan.

Salah satu peluang yang mesti direbut itu adalah mengejar kebaikan yang hanya diberikan oleh Allah dalam bulan-bulan tertentu dan tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika ada, ganjaran di bulan tersebut tentunya lebih baik lagi jika dibandingkan dengan kebaikan yang ada pada bulan-bulan yang lain. Sesungguhnya, setiap ganjaran akan diberikan oleh Allah kepada para hambaNya dalam bulan-bulan tertentu. Ini bertujuan untuk meningkatkan kesungguhan mereka berusaha dan beramal, malah ini untuk kebaikan mereka juga. Inilah peluang keemasan yang semestinya mereka kejar dengan melakukan pelbagai perbuatan baik dan mulia. Sudah tentu, mereka pula janganlah semata-mata ingin memperolehi ganjaran itu, tetapi yang lebih utama adalah mendapatkan keredhaan Allah, dan inilah yang lebih penting. Kerana ganjaran baik itu akan mereka perolehi jika Allah meredhai amalan mereka.

Kelebihan yang Allah berikan dalam bulan Syaaban amat bermakna bagi para hamba yang ikhlas. Banyak hadis Rasul S.A.W yang diriwayatkan menceritakan kelebihan bulan ini. Antaranya ialah sabda Rasul S.A.W bermaksud: Bulan Rejab adalah bulan Allah, bulan Syaaban adalah bulanku, dan bulan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah bulan untuk menghapuskan dosa dan Ramadhan ialah bulan menyucikan diri dari dosa. Nabi S.A.W. memberikan simbolik bahawa bulan Syaaban sebagai bulan baginda. Ini diertikan sebagai bulan di mana baginda banyak melakukan amal ibadah. Simbolik ini juga bererti umatnya sepatutnya melakukan banyak amal ibadah sebagaimana yang banyak dilakukan oleh baginda.

Antara amalan yang amat digalakkan dilakukan dalam bulan ini ialah puasa. Amalan ini bolehlah dianggap sebagai satu amalan yang agak sukar, kerana ia benar-benar menguji ketahanan mental, emosi dan fizikal seseorang. Bagaimanapun, inilah antara amalan yang banyak ganjarannya jika dilakukan dalam bulan ini. Ini bertepatan dengan sabda Rasul S.A.W bermaksud, Barangsiapa berpuasa sehari dalam bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi rakan taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Ayub dan Nabi Daud. Jika dia berpuasa sebulan dalam bulan ini, dimudahkan Allah akan saat matinya, dan terlepas dari kegelapan alam kubur, bebas dari hura-hara munkar dan nankir, ditutup Allah akan aibnya, dan diwajibkan syurga ke atasnya.

Dalam sebuah hadis lain, baginda Rasul S.A.W. bersabda yang bermaksud, Sesungguhnya bagi sesiapa yang berpuasa selama tiga hari pada permulaan Syaaban, tiga hari di pertengahan dan tiga hari di akhir Syaaban, akan mendapat pahala 70 orang nabi, dan seperti orang beribadah 70 tahun dan sekiranya dia mati pada tahun itu, matinya seperti mati syahid. Itulah antara kelebihan berpuasa dalam bulan Syaaban. Di samping itu, berpuasa dalam bulan ini juga adalah sebagai persediaan untuk melakukan ibadah puasa selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Seterusnya bulan Syaaban ini juga merupakan bulan di mana setiap doa orang-orang beriman akan dimakbulkan Allah. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Umar, Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Dalam solat lima waktu yang doanya tidak ditolak ialah semasa malam Jumaat, pada malam 10 Muharram, pada malam pertengahan bulan Syaaban dan pada dua malam raya, iaitu malam hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Di samping memohon doa, umat Islam juga digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan di atas keterlanjuran mereka dalam bulan ini. Rasul S.A.W bersabda bermaksud, Apabila tiba malam nisfu Syaaban, telah datang malaikat Jibril lalu berkata, pada malam ini, pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka dirikanlah solat dan pohonlah doa, sesungguhnya pada malam itu telah dibuka 300 pintu rahmat. Maka Allah mengampuni orang-orang yang tidak menyekutuiNya kecuali ahli sihir dan dukun, orang yang bermusuhan, peminum arak, pezina, orang yang memakan riba?, orang yang derhaka kepada ibubapanya, orang yang suka mengadu domba atau batu api, dan orang yang memutuskan persaudaraan. Sesungguhnya mereka itu tidak akan diampun sehinggalah mereka benar-benar bertaubat dan tidak akan mengulanginya.

Inilah antara beberapa kelebihan yang Allah kurniakan untuk para hambaNya dalam bulan Syaaban. Allah yang bersifat Maha Pemurah akan tetap memberi semua kelebihan ini bagi mereka yang benar-benar ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam amalan mereka. Semua ganjaran ini juga adalah sebagai perangsang kepada mereka untuk melipatgandakan amalan dan usaha mereka. Mereka hendaklah merebut peluang keemasan ini untuk kejayaan mereka di dunia dan di akhirat selagi hayat di kandung badan. Ini juga bertepatan dengan maksud hadis Rasul S.A.W bermaksud, Rebutlah peluang lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa muda sebelum datangnya masa tua, masa lapang sebelum datangnya masa sibuk, masa senang sebelum datangnya masa susah, masa sihat sebelum datangnya sakit dan masa hidup sebelum datangnya mati.

Sunday, August 3, 2008

Memahami Hati Seorang insan

Pernahkah kamu memancing ikan? Kalautak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?
Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing. Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan kedarat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripadamata kailnya.
Tiba-tiba, setelah dia melepaskan matakail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tandatanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.Kamu rasa apakah yang akan dideritaioleh ikan itu? Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?
Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati.Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek,dia tentu tidak dapat mencari makanan,untuk berenang pun mungkin dia tidakmampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidak bolehaktif lagi.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya.Jangan sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.
Sebab itu apabila kamu merelakan hatikamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu,sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.
Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokkan kepada hamba-hamba- Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.Kenapa jadi begitu?
Jika kamu sedang bercinta atau punakan bercinta suatu hari nanti,peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran,kesucian dan keikhlasan serta dasar kancinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.
Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain.Sebab perbuatan yang sebegini akan hanyamenghabiskan masa, membazirkan airmata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita...
Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan.... Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain,yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai sepertimana kita pernah melukakan dahulu....Sesungguhnya setiap perbuatan itu akanada balasannya.. .
Renungkanlah. ...
~wassalam~^_^

Lelaki Acuan al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan IlmuYang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata BenarYang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu....
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai MusuhYang Bersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
dan Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh KesederhanaanKerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan KecerdasanKerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan DijagaMeneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian DuniaKerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah ImpiannyaBersama Wanita Acuan Al-Quran.

Friday, June 27, 2008

Teknik harus kristiankan anak perempuan



Teknik harus kristiankan anak perempuan


Disini, saya ingin berkongsi dengan anda sedikit maklumat yang disampaikan oleh Dr. Rubiah mengenai isu yang sedang hangat diperkatakan, iaitu isu "Murtad" dan "Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan"

PERANCANGAN

Berdasarkan penyelidikan beliau serta anggota NGO Islam yang lain, pihak-pihak yang memusuhi Islam, terutamanya pihak Kristian telah lama membuat perancangan rapi untuk menjadikan remaja-remaja Islam sebagai sasaran untuk dikristiankan. Umumnya, kita mengetahui bahawa mereka telah berjaya menjadikan "Dunia Hiburan" dan "Dunia Sukan" sebagai senjata untuk menjauhkan remaja-remaja kita dari agama Islam. Namun, satu pendedahan yang dibuat oleh Dr. Rubiah mengenai "Perangkap" yang digunakan oleh pihak kristian ini amat membimbangkan kami yang hadir semua. Berikut adalah kronologi bagaimana mereka memerangkap anak-anak gadis kita untuk dijadikan mangsa.

MEMIKAT

Untuk makluman semua, pertubuhan-pertubuhan kristian telah bersepakat untuk memberi satu bentuk skim galakan kepada para jejaka kristian serta diberi tunjuk-ajar mengenai teknik untuk memikat gadis-gadis melayu Islam untuk dijadikan pasangan mereka. Berbagai-bagi teknik memikat Akan digunakan dan ia bergantung kepada latar belakang gadis yang disasarkan.Tapi, apa yang membimbangkan kami semua adalah, sasaran utama mereka kini adalah gadis-gadis bertudung labuh yang berpendidikan agama. Teknik yang mereka gunakan adalah lebih kurang sama sahaja. Pada peringkat awal mereka akan mencari jalan untuk berkenalan dengan anak-anak gadis kita, samada melalui hubungan kerja, hubungan sesama pelajar mahu pun hubungan jiran tetangga. Kemudian, mereka akan berlakun seolah-olahnya mereka telah tertarik dengan kesopanan, cara berpakaian serta kelembuatan tingkah laku anak-anak gadis kita ini. Antara ungkapan yang sering digunakan adakah "Adakah semua anak-anak gadis melayu begitu ayu dan sopan?", "Didalam masyarakat saya, tidak pernah saya bergaul dengan gadis yang begitu berakhlak", "Saya tertarik dengan tingkah laku awak". "Saya ingin mengenali awak dan agama awak dengan lebih dekat lagi"


Biasanya, anak-anak gadis yang berpendidikan agama kita ini akan terbuka hatinya untuk menerima kehadiran jejaka kristian ini apabila sijejaka mula menyatakan keinginan untuk mengenali agama Islam
dengan lebih dekat lagi.

PERANGKAP

Apabila sijejaka merasakan anak gadis kita telah menerima kehadiran mereka, mereka akan menjalinkan persahabatan mereka dengan jujur, ikhlas, bersopan dan begitu "gentleman" sekali. Mereka akan ke perpustakaan, minum serta beriadah bersama dengan rakan-rakan yang lain

Pendek kata, sepanjang persabatan mereka, cubaan "ringan-ringan" pun tidak ada. Tetapi AWAS, para ibubapa.

Satelah kian lama bersama serta mendapati sigadis telah mula ada perasaan cinta, sijejaka akan menunggu dengan sabarnya ketika untuk memulakan "langkah sebenarnya" yang pertama. Apabila sigadis didapatinya mula terleka, mereka akan digambarkan seolah-olah mereka terbawa-bawa oleh perasan cinta sehingga sigadis TerNODA. Ketika inilah, perangkap mereka sudah mula mengena.

DILEMA

Perlakuan noda ini boleh berlaku mungkin sekali, dua, tiga atau seterusnya. Sebab bagi sejejaka, perangkapnya hanya dikira benar-benar mengena apabila sigadis didapati berbadan dua. Pada ketika ini, sijejaka akan menunjukkan kekesalannya yang tidak terhingga. Sejejaka kononnya akan bertanggung jawap diatas perbuatan mereka seraya berkata "Agama kita melarang kita menggugurkannya, maka terpaksa kita berkahwin, tetapi kita berlainan agama"

Seterusnya kata sijejaka "Kalau kita ingin berkahwin secara Islam, saya sanggup memeluk Islam, tetapi kita terpaksa berhadapan dengan dua perkara. Pertama, mengikut hukum Islam, kita boleh dikenakan 100 sebatan sebagai balasan dosa. Kedua, masyarakat Islam akan mencemuh
dan meminggirkan kita kerana mempunyai anak diluar nikah yang kita

hasilkan bersama. Kita akan berasa amat malu, lebih-lebih lagi awak yang berpendidikan agama. Sanggup kah kita? Saya rasa, saya tidak sanggup menghadapinya"

Kata sijejaka lagi "Kalau kita berkahwin secara agama saya, awak hanya perlu untuk menukar agama, dan kita akan terlepas dari dua seksa. Pertama, mengikut agama saya, kita hanya perlu untuk membuat pengakuan dihadapan paderi digereja untuk menghapuskan segala dosa. Kedua, masyarakat agama saya akan menganggap anak kita ini senasib dengan Jesus (Nabi Isa) yang dilahirkan tanpa bapa. Mereka juga akan menganggap awak senasib dengan Mary (Mariam) yang melahirkan Nabi Isa. Maka, kita pasti tidak akan dipersia. Saya rasa ini option terbaik buat kita"

Untuk makluman semua, mereka hanya merancang agar anak jejaka mereka memikat anak gadis kita. Tetapi mereka tidak akan mencuba agar anak gadis mereka untuk mendampingi anak jejaka kita kerana mereka sedar bahawa perangkap mereka yang ini tidak akan mengena.

MURTAD

Mengikut penyelidikan Dr. Rubiah serta rakan-rakan dalam NGO Islam yang lain, amat ramai gadis-gadis melayu Islam yang memilih option kedua walaupun ada segelintir yang berjaya diselamatkan dan terpaksa disembunyikan demi maruah agama & bangsa. Mereka seterusnya mengemukakan permohonan untuk menukar agama (murtad) dipejabat agama. Namun Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menjadi penghalang utama rancangan mereka.

Menurut Dr. Rubiah lagi, pihak IFC (Inter-Faith Council) telah berjaya mendapat 2 juta tanda tangan sokongan agar Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan ini dapat dipinda. Tetapi katanya lagi, untuk mendapatkan 1 juta tanda tangan umat melayu Islam bagi menghalang usaha mereka, adalah sesuatu yang teramat seksa. Ramai yang terlalu merasa curiga dengan alasan mereka khuatir tanda tangan mereka akan disalahgunakan untuk menyatakan sokongan atau bantahan terhadap usaha yang lain pula. Alasan demi alasan diterima.........hinggalah satu masa nanti saudara mara terdekat kita tiba-tiba menjadi sebahagian dari statistik puluhan ribu mangsa.



Wednesday, January 30, 2008

Warna-warni kehidupan

PELANGI ... RAINBOW

Pelangi atau di dalam bahasa Arabnya dipanggil "Qausu quzahin". Di dalam Bahasa Inggeris Terapi warna disebut "Colour Vibration Therapy".Indah pada tujuh lapisan warnanya.Begitu menggambarkan terlalu cantik ciptaan ILAHI ini.Warna adalah aura semulajadi dan setiap warna melambangkan makna yang tersendiri.
Aura ini juga dikaitkan dengan medan tenaga dan pantulan hayat di dalam badan kita.Aura warna ini,ia membalikkan kesan bergantung kepada kesihatan,perwatakan,aktiviti mental dan emosi kita.Ada fakta mengatakan aura juga boleh mengesan penyakit.
Saya terjumpa satu website berkaitan warna dan aura.Andai warna hitam atau warna biru tua di sekitar tubuh bererti seseorang itu mengalami satu penyakit atau gangguan fizikal yang belum zahir untuk menjadi penyakit.Namun warna hitam di sekitar kepala dikatakan seseorang itu mungkin mengalami stress atau gangguan perasaan.
Sebagai contoh,orang melayu dan india saling menasihatkan mereka yang bermasalah untuk mandi bunga dengan tujuan memperbaiki aura diri. Warna pink dikatakan(api),putih(angin),biru(tanah) dan hijau(air).Menurut kajian,mengenali warna diri sebenarnya kita mengenali personaliti diri.
Umpamanya ramai yang menyukai warna-warna tertentu sebagai warna kegemaran tetapi tanpa disedari itulah lambang warna kelemahan diri.Kita akan mengetahui warna peribadi diri dengan membuat "theraphy" oleh pengamal CTV(Terapi Getaran Warna).
Ketetapan Syariat berkait rapat dengan unsur-unsur kejadian(hakikat) angin,api,air dan tanah bermula dari cakarawala sehingga ke bawah bumi dan kejadian manusia.Di dalam istilah Sains Kimia dikenali sebagai Nitrogen,Oksigen,Hidrogen dan Karbon.Manakala dari istilah fiziknya pula dikenali sebagai cahaya,haba,kimia,magnet.
CVT telah mengkaji 4 unsur tadi tentang kedudukannya dari cakarawala sehingga bumi dari spektif kimia dan fizik yang tiada batasannya.

Firman Allah dalam Surah Ali-Imran ayat 191 bermaksud:

"(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk,atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi,(Seraya berkata):"Ya Tuhan Kami,tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia.Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari siksa neraka".

Tuesday, January 29, 2008

Kisah "chocolate brownies"

Jagalah HATI
Hati kita mati sedikit demi sedikit pada satu masa disebabkan perbuatan kita. Beberapa tahun yang lepas, ketika saya masuk ke dalam pejabat saya seperti hari-hari yang biasa, seseorang telah meletak satu bekas berisi 3 ‘chocolate brownies’. Bersama dengan brownies itu terdapat sehelai kertas yang tertulis satu cerpen di atasnya. Sambil duduk menjamah brownies yang pertama, saya mula membaca kisah seperti yang tertulis di bawah.


Dua orang remaja meminta kebenaran ayahnya untuk pergi menonton filem yang sudah ditonton oleh semua rakan-rakan mereka. Namun selepas membaca sedikit review filem itu di internet, ayah mereka menolak permintaan mereka.
“Ah ayah, kenapa tak boleh?” gusar si adik. “Ia dilabel 13-SX, tapi kami berdua dah pun lebih dari 13 tahun!”

Ayahnya membalas, “Ini kerana filem itu terdapat aksi-aksi yang tidak bermoral dan tidak patut ditonton oleh masyarakat umum.”

“Tapi ayah, itu cuma sebahagian kecil daripada filem itu! Kawan-kawan kami cakap, filem itu ada 2 jam, tapi aksi-aksi itu hanya beberapa minit saja! Filem ini ada banyak pengajaran yang lebih besar, seperti kemenangan kebaikan di atas kejahatan, pengorbanan, dan keberanian. Review di laman web filem juga ada mengatakan demikian!”


“Jawapan ayah ialah “tidak” dan ini adalah muktamad. Kamu boleh ajak kawan-kawan kamu datang ke rumah malam ini dan menonton video-video yang ada dalam koleksi video keluarga kita. Tapi kamu tidak boleh pergi menonton filem itu. End of discussion.”
Kedua-dua anak itu berjalan dengan muka masam mencuka ke ruang tamu dan duduk di atas sofa. Sambil membayangkan wajah pelakon filem yang tidak akan mereka tonton, mereka terdengar bunyi dari dapur; seperti bunyi ayah mereka menyediakan sesuatu. Tidak lama kemudian mereka mengecam bau aroma brownies sedang dimasak di dalam oven, dan si abang berkata kepada adiknya, “Ayah mesti rasa bersalah, dan sekarang dia hendak mengambil hati kita dengan brownies tu. Mungkin kita boleh lembutkan hatinya dan memujuknya untuk benarkan kita pergi ke wayang menonton filem itu.”




Ketika ini saya sudah pun habis memakan brownies pertama dan mula memakan yang kedua. Saya memikirkan, apakah kaitan antara brownies yang saya makan dan brownies di dalam kisah ini. Saya teruskan bacaan saya.

Kedua-dua remaja itu tidak kecewa. Tidak lama kemudian, ayah mereka muncul dari dapur dengan satu pinggan brownies yang masih panas dari oven, dan memberinya kepada kedua orang anaknya. Kedua-dua mereka mengambil satu brownies.


Kemudian si ayah berkata, “Sebelum kamu semua makan, ayah nak cakap sesuatu. Ayah sayangkan kamu berdua.” Kedua-dua remaja itu saling berpandangan antara satu sama lain dengan senyuman penuh makna. “Ayah dah lembut hati,” bisik hati mereka.
“Itulah sebabnya ayah membuat brownies ini menggunakan bahan-bahan yang terbaik. Hampir kesemua bahan adalah organik; tepung organik yang terbaik, telur ayam Omega-3 gred A, gula organik yang terbaik, Vanilla Premium dan coklat yang paling enak.”


Brownies itu kelihatan sungguh melazatkan, dan kedua remaja itu menjadi semakin tidak sabar lagi untuk merasai kesedapannya kerana ditangguhkan oleh ‘khutbah’ ayahnya yang semakin panjang.

“Tetapi ayah ingin berlaku jujur kepada kamu berdua. Ada satu bahan istimewa yang ayah letak dalam brownies itu yang tidak akan dijumpai oleh mana-mana brownies lain. Dan bahan itu ayah ambil dari belakang rumah kita. Tapi kamu jangan risau, ayah hanya letak sekelumit sahaja bahan itu ke dalam brownies kamu. Jumlahnya sangatlah sedikit. Jadi makanlah dan berikan pendapat kamu tentang resepi baru brownies ayah.”

“Ayah, boleh tak ayah bagitahu apa bahan misteri tu sebelum kami mula makan?” tanya si abang.

“Kenapa? Sikit je jumlah bahan tu yang ayah letak. Satu sudu je. Kamu tak akan boleh perasan pun rasanya.”

“Ala ayah.. bagitahu je la kat kami apa bahan tu” pinta si adik.

“Jangan risau! Bahan tu organik, sama seperti bahan-bahan lain juga”.
“Ayahh..” pinta kedua-dua beradik itu, serentak.
“Ok, kalau kamu bersungguh-sungguh nak tahu. Kandungan misteri itu ialah…. Tahi anjing!!”

Saya terus berhenti menguyah brownies kedua dan saki-baki di dalam mulut saya luahkan di dalam bakul sampah di tepi meja saya. Saya teruskan membaca beberapa perenggan terakhir dari cerpen yang menakutkan itu.


Kedua-dua anak itu terus meletakkan kembali brownies itu ke dalam pinggan dan mengesat-ngesatkan tangan kanan mereka ke baju dengan penuh rasa menjijikkan.

“Ayah! Ayah tahu tak yang ayah dah seksa kami dengan bau brownies yang sedap tu selama setengah jam. Bila dah siap, ayah kata ayah letak tahi anjing dalam brownies tu. Kami mana boleh makan bende tu”.

“Kenapa tak boleh pula? Kandungan tahi tu sangat sedikit kalau dibandingkan dengan bahan-bahan lain. Takkan ada efek punya la.. Ia sudah pun dimasak bersama-sama bahan yang lain. Kamu takkan boleh perasan pun rasanya. Ia dah pun bersebati dengan bahan-bahan lain menjadi brownies. Jadi tunggu apa lagi, makanlah!”

“Tak ayah… kami tetap taknak makan!”


“Dan ini adalah sebab yang sama kenapa ayah tak benarkan kamu berdua pergi menonton filem tadi. Kamu tak boleh terima sedikit tahi anjing di dalam pinggan kamu, kenapa kamu boleh terima sedikit adegan tidak bermoral di dalam filem yang boleh mengotorkan hati kamu? Kita berdoa kepada Allah yang Dia akan menjaga kita dari mengikut hawa nafsu, tapi kenapa kita dengan akal fikiran yang waras boleh membenarkan diri kita menonton sesuatu yang boleh meninggalkan kesan kotor di dalam diri, fikiran dan hati kita dan terperangkap di dalam lubuk nafsu sesudah itu? Harap kamu berdua dapat pengajaran yang baik dari peristiwa ini”.

Saya terus membuang lebihan-lebihan dari brownies kedua, dan brownies ketiga yang masih lagi belum disentuh. Sesuatu yang tidak boleh ditahan beberapa minit yang lalu kini menjadi sesuatu yang tidak boleh diterima. Dan ini semua hanya kerana terdapat kebarangkalian yang kecil bahawa apa yang saya makan tadi terkandung bahan istimewa, seperti di dalam cerpen itu juga. (Memang laa dalam tu takde bahan istimewa itu… namun saya gagal meyakinkan diri saya. )

Wednesday, January 16, 2008

Perebutan Sebuah Masjid

Ya Allah, bangunkanlah untukku sebuah rumah disisi-Mu di dalam syurga dan selamatkan aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari orang yang zalim,"Surah at-Tahrim, ayat 11).


Perebutan Sebuah Masjid


Seperti ia sebuah bangunan yang paling berharga tetapi cukup bernasib malang, Al-Aqsa masjid ribuan tahun yang keramat tidak putus-putus menjadi rebutan atas status keagamaan. Dan umat Islam Palestin adalah pendinding sepanjang masa mempertahannya dari kebiadaban Zionis.Menjelang Ogos 2008, memberi usia Al-Aqsa yang dibakar untuk dimusnahkan sudah 39 tahun, iaitu tarikh kedewasaan seseorang. Namun Al-Aqsa tetap diceroboh dan jika diturut kehendak Zionis, mungkin Al-Aqsa hendak diranapkan saja dari bumi ambiyak itu.Mungkin umat Islam, khususnya di negara kita yang terlepas pandang dari naik turun nasib umat Islam/ Palestin, tidak tahu, sudah 29 tahun umat Islam Palestin masih tidak terbela dan maruah Al-Aqsa yang mereka pertahankan itu sering diceroboh.Dan bukan mustahil sekian juta dari anak-anak muda kita yang terkinja-kinja dengan rock atau konsert, peduli apakan dengan masalah itu kerana mereka lebih gemras kepada berapa album yang terjual dan siapa yang patut menjadi juara tahunan. Malah mereka tidak pernah tahu rentetan pembakaran Al-Aqsa, sebuah masjid yang mulia, yang menjadi latar persinggahan Rasulullah SAW ketika Israk dan Mikraj.Rentetan pembakaran Al-Aqsa boleh dilihat sejak:21 Ogos 1969 seorang ekstrimis Zionis, Michael Rohan dengan beberapa komplotnya membakar sebahagian dari bangunan masjid tersebut. Ia secara sistematik dilakukan oleh rejim Zionis Istarel.Dua tahun sebelum pembakaran ini, Zionis telah bergaduh untuk menguasai pintu sebelah timur dan berhasrat menguasai Babul Maghariba untuk meningkatkan prestasi mengganggu umat Islam.Pada tarikh 15 Ogos 1967 seorang Zionis, Solomo Gorin menguasai komplek masjid sambil menggertak akan menghancur punahkan masjid itu untuk diganti dengan sinagog, iaitu tempat ibadat Yahudi.Tiga tahun kemudiannya, iaitu pada tahun 1970 seorang Zionis yang bersenjata lengkap menyerang komplek Al-Aqsa, menembak rambang ke arah jemaah. Puluhan orang Islam gugur dan 60 cedera.Ia satu amukan kaum Zionis.Kemudian pada 11 April 1982 seorang lagi tentera Israel, Alan Jodman tiba-tiba menyerbu ke pintu masuk dan menembak rambang sekali lagi secara membabi buta. Puluhan menjadi mangsa, termasuk yang cedera.Kenapa?Orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap dakwaan Dennis Michael bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria.Kemudiannya Michael (gila) dibebaskan. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.Kerana itu setiap 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia. yang disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar. Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang kuat.Isu Palestin mencabar Akidah umat Islam kerana kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai tanah suci ketiga dalam Islam, Kiblat pertama umat Islam, Tanah Anbiya’ dan pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkam dalam Hadis Rasulullah. Bagi masyarakat bukan Islam ia menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman Zionis terhadap bangsa Palestin .Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis. Mereka yang merampasnya dari tangan umat Islam. Umat Palestin dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitam, dipenjara dan dibunuh.Menjejaki tahun ini, menjelang bulan Ogos akan datang, kita sudah membiarkan selama 39 tahun Al-Aqsa begitu sahaja. Walaupun ada OIC, tetapi soal Palestin masih tidak berdaya.Di mana silapnya?Ramai dari kalangan kita tidak sedar, perlakuan dan gerakan Zionis yang berlaku selama ini ialah untuk membelah masjid di bumi Anbiyak ini kepada dua, iaitu untuk Israel dan untuk umat Islam, demikian yang dibayangkan oleh Ketua Harakah Islamiah Palestin 1948, Syaikh Raid Shalah.Betapa tidak, bukankah fasa yang diduduki oleh Yahudi kini merupakan fasa atau bahagian yang sangat berbahaya, lebih berbahaya dari Perang Salib. Umat Islam dilarang solat di garisan tertentu di kawasan Al-Aqsa.Apa itu Al-Aqsa?Ia sebuah masjid. Sebahagian dari komplek bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis. Ia dipanggil juga Gunung Majed atau Al-Haram Asysyarif. Ia satu tapak ibadah suci yang ketiga kepada umat Islam dan semacam kuil kepada Yahudi.Ia terletak di Baitulmuqaddis Timur, satu-satunya kawasan yang dipertikai sejak lama, sebahagian ditadbir oleh Israel tetapi dituntut oleh Palestin. Kapasiti muatan lebih kurang 5,000 jemaah.Al-Aqsa bererti ‘paling jauh’ yang diambil dari peristiwa ‘Isra’ dan Mikraj.’Pada asalnya ia dibina dari kayu oleh Saidina Umar Al-Kahttab Khalifah kedua pada tahun 638 masihi. Selepas itu, Khalifah Abdul Malik bin Marwan mengarah membina sebuah masjid bagi menggantikan masjid yang sedia ada. Anaknya Al Walid menyiapkan pembinaan masjid ini dalam tahun 705 masihi.Pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 telah mendorong tertubuhnya OIC yang kini dengan anggota 57 negara. Pembakaran tersebut juga menyebabkan sebuah mimbar kuno yang bernama "Shalahuddin Al-Ayyubi" habis terbakar. Dinasti Bani Hasyim, penguasa Kerajaan Yordania telah menggantinya dengan mimbar buatan Jepara, Indonesia. Keluarga Bani Hasyim, yang masih bertalian darah dengan Nabi Muhammad menurut tradisi merupakan keluarga yang bertanggungjawab memelihara tempat-tempat suci Islam di kawasan tersebut.

Monday, January 14, 2008

H@T! & PeR@S@AN




PeRSaHaBaTaN YaNg SeJaTi aKaN MeMBaWa KeRiNDuaN YaNg aBaDi. SeSuNgGuHnYa PeRSaHaBaTaN iTu LeBiH uNgGuL DaRi PeRCiNTaaN, TaNPa PeRSaHaBaTaN PeRCiNTaaN aKaN BeRaKHiR TeTaPi TaNPa PeRCiNTaaN, PeRSaHaBaTaN BoLeH KeKaL. oLeH iTu HaRGaiLaH PeRSaHaBaTaN YaNg TeRJaLiN. HaNTaRLaH PeSaNaN iNi KePaDa oRaNg YaNg aNDa TiDaK aKaN LuPa DaN HaNTaRKaN JuGa KePaDa oRaNg YaNg MeNgHaNTaR PeSaNaN iNi JiKa aNDa MeNgHaRGai PeRSaHaBaTaNNya. iNi aDaLaH PeSaNaN PeNDeK uNTuK MeNyaTaKaN YaNg aNDa SeNTiaSa MeNgiNGaTiNya



"Ambil lah masa untuk memahami Hati & Perasaan kawan kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa Takut, ada rasa Bimbang, Sedih & Kecewa. Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Kita selalu melihat dia ketawa..tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan"




Tak ada musuh yang tak dapat ditaklukkan oleh cinta. Tak ada penyakit yang tak dapat disembuhkan oleh kasih sayang. Tak ada permusuhan yang tak dapat dimaafkan oleh ketulusan. Tak ada kesulitan yang tak dapat dipecahkan oleh ketekunan. Tak ada batu keras yang tak dapat dipecahkan oleh kesabaran. Semua itu haruslah berasal dari hati anda. Bicaralah dengan bahasa hati, maka akan sampai ke hati pula. Kejayaan bukan semata-mata betapa keras otot dan betapa tajam otak anda, namun juga betapa lembut hati anda dalam menjalani segala sesuatunya... :)

Buat sahabat-sahabat seperjuangan,semoga kalian berada dalam rahmat ALLAH Taala hendaknya.dalam kita mencari satu kehidupan yang sempurna,perlulah kita ingat kepada sahabat kita yang berada disekeliling kita.Bagaimana keadaan mereka yang selama mana kita mengenali mereka,adalah kita ambil tahu akan perihal keadaan mereka.

Adakah kita menunaikan hak mereka sebagai sahabat kita?satu persoalan yang perlu kita rungkaikan bersama.Mungkin tanpa kita sedari kita telah menyakitkan hati mereka,mungkin ada sekumit perasaan benci mereka kepada kita?kenapa kita tidak merasakan perlu kita meminta maaf kepada mereka setiap kali kita bertemu.Kenapa kita tidak memaafkan semua orang pada setiap hati,hebat sangatkah kita ini,muliakah kita,rasa kedekut dan sombong untuk memaafkan sahabat dan semua orang yang ada buat salah kepada kita.
Saya nak membawa satu kisah sahabat Nabi Muahammad S.A.W.. "Saidina Umar Alkhatab bertanya kepada nabi tentang jiran rasullah kelak disyurga,apabila ditanya siapakah jiran nabi di syurga kelak,nabi pun menceritakan kepada para sahabat seorang pemuda,maka sahabat-sahabat mencari pemuda tersebut untuk bertanya,kenapakah beliau dipiliah sebagai jiran rasullah,pemuda itu menjawab bahawa setiap malam sebelum tidur,dia akann memaafkan setiap orang yang ada membuat salah kepadanya.."
Itulah kelebihan apabila kita mudah untuk memaafkan setiap orang.Ingatlah kita semua,kita tidak akan lari dari membuat kesilapan dan kesalahan.Mohanlah ampun kepada empunya hak itu,sebelum kita tidak lagi diberikan peluang kedua untuk kita tunaikan hak itu.. fikir-fikir kanlah.semoga kita semua terselamat dari seksa dan bala Allah di dunia n akhirt.

wasslam.....

Friday, January 11, 2008

Dari Sinar Cahaya Iman

MENCARI CAHAYA IMAN



Puas sudah,

Kucari kebahagian,

Di sisi teman-teman,

Kudapat hanya kelalaian,

Ku cari lagi,

Di hati seorang kekasih,

Kudapat hanya kekecewaan,

Dan ku terus mencari,

Dalam meniti hari,

Penuh kekosongan…Oh,

di mana lagi harus ku mencari,

Membawa sekeping hati,

Yang sarat kerinduan,

Rindu yang tiada haluan,

Aku keliru sendiri,

Apa yang kucari,

Apa yang kuperlukanAku masih tak bisa mengerti,

Yang pasti,

Kekosongan hati ini minta diisi..

Sejenak ku tersedar,

Aku mencari cinta agung,

Buat jiwaku yang merindukan,

Hakikat kebenaran,

Cahaya yang membelah kegelapan,

Melimpah cemerlang mengisi kekosongan.

Ku sedar,Destinasi pencarianku di sini,

Ku mencari-Mu Tuhan,

Mengharap keredhaan,

Menagih kebahagiaan,

Dari sinar cahaya iman

Kes murtad di Peneng

ISU MURTAD DI PENENG


PENANG juga adalah negeri panas dengan isu murtad. Cuma isu murtad ini tidak dapat liputan media massa baik arus perdana mahupun media alternative.Terbaru, tuntutan Murtad oleh Siti Fatimah Tan Abdullah, 38 seorang wanita mualaf. Tuntutan ini dibuat pada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) selaku difenden 10 Julai tahun lalu.
Menurut satu sumber yang sahih, kes tuntutan keluar Islam ini akan dibaca semua pada 31 Disember ini. Mohamad Zawawi Noor, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Shariah di sini memutuskan demikian agar MAIPP terlebih dahulu meneliti kes permohonan Murtad oleh difenden.
Nama asal Siti Fatimah adalah Tan Ean Huang. Pemelukan Islam oleh beliau bukan atas dasar keyakinan pada Islam, tetapi demi memenuhi syarat sah berkahwin semata-mata.Beliau sebelum ini berkahwin dengan Ferdoun Ashanian, seorang muslim warganegara Iran.
Menurut MAIPP, kes Siti Fatimah ini pernah dibaca oleh Hakim Syarie Othman Ibrahim pada 11 Ogos yang lalu. Namun, kes ini ditangguhkan tanpa ketetapan tarikh sehingga hari ini demi memberi ruang kepada Unit Ukhwah MAIPP menjalani sesi kaunseling.
Bacaan semula kes ini berpunca oleh pertukaran Hakim. Jangan bersikap demikian!
Sikap tangung-menangguh ini bukan hanya tidak menyelesaikan persoalan pokok (isu Murtad), malah kredibiliti Institusi Kehakiman Syarie juga mungkin tercalar.
Mahkamah Syarie seharusnya lebih pro-aktif dalam memulihara Islam, penganutnya dan sebagai institusi dakwah juga.MAIPP seharusnya lebih pro-aktif mencermati isu ini. Bukan berdiam diri semata-mata.
Yang MAIPP tahu hanya take over masjid-masjid jamek yang dilihat sangat kuat aktiviti kuliah Maghrib dan aktiviti ilmiah. Tuduh pihak-pihak tertentu ini suka berpolitik. Padahal MAIPP pun bukanlah dikenali sangat sebagai institusi agama.
Sampai bila, isu seumpama ini seharusnya disorok daripada pengetahuan ummat Melayu Islam di Pulau Pinang?
Mengapa hanya Badan Dakwah dan Islah (BADAI) di bawah kepemimpinan Ust. Hafiz Nordin (juga selaku Ketua Pemuda PAS Negeri); lantang menggempur kesedaran ummat Melayu-Islam berhubung bahaya Murtad?
Di mana Shabudin Yahya (juga UMNO Penaga), YDP MAIPP? Sila beri penjelasan… -END

Tuesday, January 8, 2008

Aku merindui kasih mu Ibu



PESANAN IBU


Utk para suami, baca dan renungkan....

Utk para isteri ambil iktibar ......


Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Setiap kali menjelang ramadhan tergiang-giang suara ibu yang rasanya baru saja saya dengar walaupun telah berlaku berbelas tahun.

Diantara tazkirah ibu yang amat saya ingat ialah ketika bulan puasa selepas bersahor sementara menunggu waktu solat subuh ibu akan memanggil kami semua (3 orang anak perempuannya, ibu mempunyai 4 orang anak perempuan seorang dah berumahtangga dan dua orang anak lelaki) dan akan bercerita tentang kebesaran Allah dan hukum hakam dalam islam dengan menggunakan bahasa yang amat mudah difahami walaupun ketika itu saya masih lagi bersekolah menengah rendah dan ayah pula meninggal dunia ketika usiasaya tiga bulan.

Ibu : Apa yang nak ibu cakap nie....dengar baik-baiklebih-lebih lagi pada Ateh (anak no. 3) dan Acik (anak no.5). Ateh akan mendirikan rumahtangga tak lama lagi.

Apabila hampir penghujung puasa dah tentukamu suami isteri akan berbantah-bantahan untuk pulang ke kampung siapapada hari raya pertama. Betul tak??????

Ateh & Acik : Betul....mestilah ghumah ibudulu.........

Ibu : Dengar dulu....contohnya jika rumah kamu diTanjong Malim, rumah ibu di Cheras dan rumah mentua kamu di Johor, rumahsiapakah yang akan kamu tuju dulu?

Ateh & Acik : Ghumah ibulah.....sebab dekat.

Ibu : Tidak.......ibu tidak izinkan kamu balik kesini.........baliklah ke rumah mentua kamu dan jika mentua dan suami kamu izinkan barulah balik ke rumah ibu........ibu tak kisah hari raya yang keberapa sekalipun. Ateh : Mengangguk.......(tanda faham ler tue......dia nie banyak ikut perwatakan ibu....penyabar, bertolak ansur dan mahirdalam menjahit, sulam menyulam, memasak dan juga pandaimengurut....diantara kami adik-beradik dialah yang paling dalam pengetahuannya dalam islam seperti ibu juga).

Acik : Mana boleh macam tu tak acilahhhhhh......kena gilir-gilirlah baru adil. (dia nie memang kaki bangkangpun.....outspoken skit kalau dia tak puas ati)

Ibu : Ingatlah......jika anak-anak perempuan ibu sayangkan ibu dan inginkan kebahagian ibu di akhirat nanti...taatlah pada suami dan mentua kamu........

Acik : Macam kaum h**** lak. Dah kawin tak boleh girumah emak bapak.

Ibu : Bukan macam tu......islam tuindah.......setiap anak-anak perempaun yang taat pada suami di samping mentua mereka,ibubapanya akan mendapat pahala di atas ketaatannya itu..... dan seperkaralagi.....untuk menjaga suami tidak sesusah mananye... hanya dua perkarakalau kamu nak> menundukkan suami kamu mengikut islammmm......JAGALAH NAFSUNYA DAN JAGALAH PERUTNYA. InsyaAllah dia tak akan kemana.....kalau dia melilaupun dia akan kembali kepada kamu juga. Pahala kamu ada di dalam rumahkamu tak payah bersusah payah macam kaum lelaki di luar rumah mencaripahala.

Ditakdirkan Allah Ateh bernikah dengan abang ipar yang yatim piatu......jadi setiap tahun beraya bersama ibu manakala Acik pulak masih mempunyai ibubapa mentua .

Hampir setiap tahun pada hari raya puasa Acik sekeluarga akan beraya di rumah mentua di Melaka cuma pada hari keempat atau selebihnya di rumah ibu (rumah Acik di Kedah).

Dengan takdir Allah ketika saya berada di tingkatan 6 rendah, dua hari sebelum hari raya puasa Acik sekeluarga tiba dirumah ibu. Ibu terkejut tapi saya rasa.........terkejut campur gembira agaknya ibu pada masa itu. Selepas pulang dari solat terawih ibu duduk berbual dengan abang ipar...Ibu : Bila kamu nak bawa isteri kamu pulang keMelaka?

Abang ipar : Kami akan beraya di sini dan raya kedua nanti baru balik ke Melaka (dia nie memang malu sakan dgn ibu). Ibu : Adakah ini desakan dari isteri kamu? Abang ipar : Tidak bu.......saya izinkan keluarga saya beraya di sini. Ibu : Bagaimana ibubapa kamu adakah mereka setuju? Abang ipar : Mereka tiada halangan.
(dalam hati sayarasa terkilan..........apalah ibu nie....biarkan jerlah Acik nak beraya di sini)
Ibu : Izinkan ibu bercakap dalam talipon dengan emak kamu. (abang ipar bangun dan mendial no. talipon kampungnya dan menyerahkan ganggang talipon pada ibu....lama gak ibu bergayut dengan besannya)
.Emak kamu tak ada masalah kamu sekeluarga beraya bersama ibu di sini.(sambil menitis airmata)

Terima kasih kerana membawa anak dan cucu- cucu ibu ke sini. Apabila habis bulan syawal seperti biasa hanya saya dan ibu saja tinggal di rumah. Sebagai anak yang bongsu dan paling rapat dengan ibu dan masih solo ketika itu, ibu mencurahkan perasaan dan berbangga kerana dapat membimbing anak-anak perempuan nya kearah islam tapi ibu amat kecewa dengan kedua-dua anak-anak lelakinya yang seperti lembu dicucuk hidung menjadi pak turut kepada isteri mereka. Bayangkanlah menantu perempuan ibu yang sulong tidak pernah bermalam di rumah ibu apatah lagi lepas makannak tolong basuh pinggan ke atau menolong kerja-kerja rumah yanglain....(tak boleh cerita panjang.........dah masuk bab mengumpat lak.......).

Semasa saya di tingkat 6 atas ibu kembali kerahmatullah membawa seribu kekecewaan di atas sikap anak-anak lelakinya. Alhamdulillah apabila saya mendirikan rumahtangga......masalah pulang beraya tak mendatangkan masalah pada suami kerana semua jenis cuti kami sekeluarga akan habiskan di rumah mentua saya. Saya juga salah seorang menantu yang disenangi. Saya selalu bertanya pada diri sayasendiri......sempurnakah sudah aku sebagai seorang menantu? Sempurnakah aku sebagaiseorang isteri yang solehah?.........berjayakah aku menjadi ibusepertimana ibu ku dulu???????? Ya Allah.....berilah aku petunjuk dan pimpinlah aku ke jalan yang engkau redhai.....Aminnnnnn Selamat menjalani ibadah puasa agar ibadah nie dapat menyihatkan iman dan fizikal kita.
Wassalam Ya Allah,mampukah aku mendapat keredhaanMU dan naunganMU di Padang Masyhar kelak...

Friday, January 4, 2008

Ulamak dan Politik


ULAMAK DAN POLITIK
Pengertian Ulamak :

Ulama itu ialah mereka yang takut hanya kepada Allah dari kalangan mereka yang diberi pengetahuan dan kefahaman oleh Allah ‘Azzawajalla tentang Islam yang lengkap dan syumul itu. Untuk menjelaskan perkara ini Allah berfirman, maksudnya:
“Hanya semata-mata yang takut kepada Allah daripada kalangan hamba-Nya ialah ulama’”. (al-Fathir : 28)
Untuk menentukan kedudukan mereka di dalam Islam, Allah berfirman, maksudnya:
“Katakan (wahai Muhammad) apakah sama golongan yang berilmu denga golongan tidak berilmu, sesungguhnya yang mempunyai akal fikiran yang waras sahaja yang selalu ingatkan perintah Allah”.(az-Zumar : 9)
Firman Allah, maksudnya:
“Allah mengangkat darjat orang yang beriman dan golongan yang berilmu pengetahuan dan Allah amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”.(al-Mujadalah : 11)
Untuk menjelaskan perkara yang sama Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sesiapa yang melalui sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, Allah memudahkan baginya jalan ke syurga. Sesungguhnya para malaikat meletakkan sayapnya untuk menuntut ilmu kerana berpuas hati dengan perbuatannya.
Sesungguhnya orang-orang Alim itu meminta ampun baginya oleh sekalian yang ada di langit dan di bumi sehingga ikan-ikan di air turut meminta ampun baginya.
Ia kelebihan orang alim berbanding dengan orang yang beribadat seperti kelebihan bulan berbanding dengan sekelian bintang.
Para ulama itu adalah pewaris kepada para nabi dan sesungguhnya para nabi itu tidak meninggalkan emas dan perak malahan mereka meninggalkan ilmu pengetahuan. Sesiapa yang menerimanya maka ia mendapat bahagian yang cukup sempurna”.
Seterusnya Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud:
“Perumpamaan para ulama di muka bumi seperti bintang-bintang di langit yang memberi petunjuk kepda musafir dan pelayar di waktu malam, apabila terlindungnya bintang tersebut mereka akan terpinga-pinga kehilangan petunjuk”. (Hadith Riwayat Imam Ahmad)
Ternyata daripada pembentangan di atas bahawa ulama itu mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.
Rasulullah SAW meletakkan mereka sebagai pewaris para nabi. Pewaris para nabi yang bermaksud “menggalang ganti di dalam menjaga agama dan mentadbir dunia dengannya” menghendaki supaya para ulama menjadi pengganti nabi dalam urusan mentadbir dan menjaga agama.
Itulah yang difahami oleh para sahabat dan para cerdik pandai Islam. Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Ibnu Affan, Ali Ibnu Abi Talib dan lain-lain daripada para khulafa’ mengambil tempat baginda Rasulullah SAW dalam urusan yang kita sebutkan di atas.
Justeru itu, para cerdik pandai Islam yang menulis buku di bidang siasah dan pentadbiran negara menyatakan bahawa jawatan-jawatan penting di dalam negara seperti khalifah, perdana menteri dan para hakim hendaklah disandang oleh para ulama mujtahidin dari kalangan ulama Islam.
Hal ini saudara akan dapati bila saudara-saudara membaca buku-buku yang ditulis oleh Imam As-Syafie, Al-Mawardi, Abu Ya’la, Ibnu Khaldun, Imam Al-Haramain Al-Juwaini, Al-Imam Al-Ghazali dan lain-lain.
Bertolak dari kajian-kajian dan kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh para alim ulama yang mentadbir di zaman silam, maka para penulis dan penganalisa zaman sekarang ini membuat beberapa rumusan di antara lainnya:
1. Bahawa pemerintahan Islam itu adalah pemerintahan yang berasaskan agama. Hal ini antara lainnya diasaskan kepada kata-kata Al-Imam Al-Ghazali yang bermaksud:
“Agama itu asas dan kerajaan itu pengawal. Maka sesuatu yang tidak mempunyai asas akan tumbang dan sesuatu yang tidak ada pengawal akan hilang”.
2. Ia merupakan kerajaan yang dipandu oleh para ulama. Hal ini adalah didapati daripada beberapa rumusan yang dibuat oleh cendikiawan Islam yang mengatakan bahawa mengetahui syariat Islam sampai kepada peringkat ijtihad adalah salah satu daripada syarat-syarat kelayakan untuk menjadi ketua negara, perdana menteri dan hakim di dalam negara Islam.
3. Hal ini terlalu jelas apabila kita merenung firman Allah, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu menjalankan hukum (pemerintahan) di kalangan mereka berdasarkan kepada apa yang diturunkan oleh Allah”. (al-Maidah : 48)
Siapakah yang lebih arif tentang apa yang diturunkan oleh Allah kalau tidak para ulama. Piagam Madinah jelas menyatakan bahawa rujukan kepada kerajaan Islam itu ialah kitab Allah dan Sunnah RasulNya.
“Dan sesungguhnya apa jua yang berlaku di kalangan mereka yang menandatangani piagam ini, yang khuatir berlaku kerosakan atau kehuruharaan maka Kitab Allah dan sunnah Rasul menjadi rujukan”.
Mengimbas kembali kepada apa yang dibentang dan apa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan zaman para Khulafa’ Al-Rasyidin mengajak kita berfikir dan membuat rumusan tentang kedudukan ulama’ dalam politik sesebuah negara.
Ia bukan sekadar melibatkan diri di dalam politik malahan menjadi tonggak kepada kepimpinan negara. Hal ini jelas apabila Al-Imam Al-Mawardi mengatakan antara lainnya:
“Apabila berlaku kekosongan jawatan ketua negara, maka dua golongan masyarakat haruslah tampil ke hadapan untuk mengisi kekosongan itu.
Golongan pertama ialah golongan yang mempunyai kelayakan menjadi calon (ketua negara) manakala golongan kedua pula ialah golongan yang layak menjadi penapis calon.
Golongan yang layak menjadi calon sudah barang tentu dari kalangan ulama kerana salah satu daripada syarat-syarat kelayakan itu ialah memahami syariat sampai kepada peringkat ijtihad”.
Golongan ulama bukan sekadar menjadi penasihat kepada negara atau kerajaan tetapi mereka adalah pemegang polisi dan pelaksana kepada dasar negara.
Perbahasan mengenai kedudukan ulama dan keterlibatan mereka dalam politik tanahair berlaku apabila negara-negara umat Islam disekularismakan oleh penjajah.
Merekalah yang memisahkan agama dan politik. Mereka mendualismakan cara hidup umat Islam. Satu cara hidup perseorangan dan kekeluargaan dan satu lagi cara hidup bernegara.
Mereka mengekalkan cara hidup kekeluargaan mengikut hukum-hukum Islam, manakala cara hidup bernegara mereka pisahkan daripada Islam. Hal ini menjadikan sistem politik, pentadbiran, perundangan, pendidikan, kemasyarakatan, perekonomian dan lain-lain di negara umat Islam dipisahkan daripada sistem Islam.
Justeru itu, dalam sesebuah negara umat Islam hari ini diwujudkan dua penasihat, penasihat agama yang dinamakan mufti dan satu lagi penasihat undang-undang.Namun demikian para mufti tidak diberi apa-apa kuasa/peranan yang setahap di dalam sesebuah negara.
Mereka tidak dianggap orang penting. Pandangan mereka tidaklah wajib ditaati oleh kerajaan berbeza dengan penasihat undang-undang atau peguam negara.
Ekoran daripada itu, institusi ulama’ tidak diberi penghargaan dan penghormatan yang sewajarnya. Dalam keadaan begini ulama’ pula berpecah kepada beberapa golongan. Hal ini bolehlah kita dapati di dalam perbincangan yang selanjutnya.


UMAT ISLAM DI ZAMAN SEKARANG


Ulama kita di zaman sekarang bolehlah dibahagikan kepada lima kategori:
Kategori 1
Ulama yang baik, bertaqwa, ikhlas, amalan dan ibadat mereka semata-mata kepada Allah. Namun demikian mereka mengasingkan diri daripada dunia. Mereka tidak mengambil tahu tentang permasalhaan orang Islam walaupun sedikit.
Mereka saling tak tumpah seperti ahli-ahli tasauf di zaman mutaakhir Islam iaitu tasauf yang negatif yang mengasingkan diri daripada dunia.
Mereka melihat bahawa menjauhi diri daripada dunia adalah satu jalan selamt untuk mereka dan suatu amalan bertaqarrub kepada Allah Azza Wa jalla.
Oleh kerana itu terdapat terlalu ramai daripada kalangan orang-orang dewasa ini yang menjadi mangsa kepada segala taghut dan si zalim.
Ulama seperti ini tidak mengambil tanggungjawab dalam mempertahankan orang-orang Islam sama ada pada hak-haknya, aqidahnya, kemuliaannya, kehormatannya dan lain-lain lagi. Taghut terus bermaharajalela tanpa mendengar sebarang peringatan dan nasihat untuk berbuat kebaikan.
Sepatutnya para alim ulama memberitahu betapa si zalim akhirnya pasti akan mendapat tentangan yang hebat daripada rakyatnya. Kumpulan ulama seperti ini terus menyambung amalan yang dilakukan oleh orang yang terdahulu daripada mereka. Walau apapun yang terjadi mereka tidak bersedia untuk turun ke medan untuk menghayati firman Allah, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu menjadi umat yang menyeru manusia kepada kebaikan dan menyuruh mereka melakukan amal ma’ruf dan mencegah mereka dari melakukan kemungkaran dan merekalah orang-orang yang berjaya”. (Ali Imran: 104)
Dan untuk menghayati sabda junjungan yang bermaksud:
“Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan (kuasa). Sekiranya kamu tidak mampu hendaklah diubah dengan lidah dan sekiranya kamu tidak mampu hendaklah kamu membencinya di dalam hati kamu. Itulah selemah-lemah iman”.
Atau sabdanya lagi yang bermaksud:
“Sebaik-baik jihad ialah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim”.
Kategori 2
Golongan yang sangat setia kepada Islam, cemburu kepadanya namun begitu mereka terlalu baik hati, niat mereka terlalu ikhlas.
Mereka memberikan penilaian bahawa setiap orang yang mencium tangannya, menghadirkan diri di dalam majlis zikir serta menghadiri jemputan mereka sebagai orang yang cintakan agamanya.
Justeru itu ramai di kalangan penipu yang berjaya menipu ulama’ yang seperti ini. Mereka dibenarkan berkhutbah di masjid-masjid, di majlis-majlis kempen pilihanraya untuk memberi sokongan kepada “figure” (individu) tertentu.
Tulisan-tulisan mereka memihak dan memuja orang-orang tertentu pada hal orang yang dipuji adalah orang yang paling ketat permusuhannya dengan Islam, kalau mereka mempunyai sedikit sifar hazar sudah barang tentu mereka tidak dapat diperalatkan oleh golongan itu.
Kategori 3
Mereka yang sangat cintakan agama, cemburu kepadanya.
Mereka menjalankan kegiatan amar ma’ruf dan nahi mungkar, akan tetapi mereka lupa kepada “roh al-syari’ah” dan risalahnya dibidang kemasyarakatan dan sosial.
Mereka terlalu mengambil berat tentang sembahyang, puasa dan lain-lain syiar agama namun begitu mereka tidak mengambil “cakna” tentang “maqasidi syari’ah”.
Mereka tidak begitu mengambil peduli bahawa sembahyang, puasa dan lain-lain syiar Islam sebagai pusat latihan untuk manusia, latihan moral, hati dan lain-lain.
Oleh kerana itu kita dapati mereka ini berlumba-lumba menunaikan solat bila mendengar azan namun demikian mereka masih memakan riba, mereka masih menjadi penyokong si zalim, pengkhianat bangsa dan negara.
Mereka bermusuh dengan lelaki yang memakai emas tetapi terus membisu terhadap pemerintah yang tidak melaksanakan hukum-hukum syariah dan terlibat dengan rasuah. Jika mereka ditanya siapa yang lebih besar dosanya di sisi Allah, yang memakai cincin emas atau pemimpin yang tidak menjalankan hukum Allah?Mereka sudah tentu akan menjawab bahawa pemerintah yang tidak menjalankan hukum Allah itu lebih besar dosanya, tetapi mereka terus membisu.
Kategori 4
Ulama jahat yang mencari makan dengan menggunakan agama dan memperniagakan syariat. Mereka menghampiri semua taghut, bersahabat dengan semua yang jahat dan zalim, mereka terus menyokong golongan tersebut. Islam tercabar oleh mereka.
Mereka tidak merasa malu untuk mengatakan bahawa perjuangan untuk menegakkan Islam adalah perjuangan sesat, pecah belah masyarakat, keterlaluan, tidak sederhana dan sebagainya.
Pada mereka dikata orang: si fasik yang melakukan segala maksiat kerana untuk mendapat harta dan kelazatan hidup dunia lebih bertaqarrub kepada Allah berbanding dengan si alim yang menjadi pengampu kepada segala yang taghut.Mereka mengkhianati amanah ummah dengan memberi sokongan kepada si penjenayah.
Kategori 5
Ulama “muslihun harakiyyun”
Mereka memahami bahawa Islam satu cara hidup yang membawa kesejahteraan kepada manusia. Islam pembebas ummah daripada memperhambakan diri kepada yang lain daripada Allah.
Mereka ini berhempas pulas berusaha untuk mengajak ummah kembali menghayati syariatNya di samping mengajak ummah manusia seluruhnya menganut agama Islam.
Keterlibatan mereka di dalam kerja-kerja Islam sangat kelihatan. Begitu juga dalam kancah politik tanahair tidak dapat dinafikan lagi.
Mereka memberi kesedaran betapa perlunya ummah Islam membebaskan diri dari belenggu penjajahan politik, ekonomi, pemikiran dan lain-lain lagi.
Hampir keseluruhan negara ummah Islam mencapai kemerdekaan melalui usaha-usaha mereka yang gigih itu, namun demikian usaha mereka untuk menjadikan ummah Islam menghayati syariatnya dalam semua aspek belum mendapat kejayaan.
Ini adalah disebabkan kerana negara-negara ummah Islam meminggirkan para ulama daripada pentadbiran dan pemerintahan negara selepas mencapai kemerdekaan. Akhirnya mereka menjadi musuh buruan oleh pemerintah yang juga mengaku ianya Islam. Atas nama Islam mereka ditangkap, dipenjara dan berbagai-bagai lagi.
Mereka bukan sahaja dikecam oleh pemerintah tetapi juga oleh golongan ulama yang boleh dipergunakan oleh pemerintah.
Kalau golongan ulama yang pernah diginakan oleh para pemerintah sedar, lebih-lebih lagi jika dikaitkan dengan situasi yang ada sekarang ini, maka sudah tentu mereka dapat mengerti yang sebenarnya menjadi musuh kepada kerajaan warisan penjajah itu ialah Islam.
Siapa sahaja yang ingin melaksanakan Islam – yang hendak menerangkan Islam seperti mana yang dilaksana dan diterangkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, pasti akan mendapat tentangan daripada kerajaan warisan itu.
Justeru itu para alim ulama hari ini haruslah memahami betul-betul sabda junjungan kita SAW yang maksudnya:
“Bandingan orang yang tegak lurus di atas landasan syariat dengan orang yang melanggarnya, saling tak tumpah seperti suatu kumpulan yang sama-sama memberi saham di dalam membeli/menaiki sebuah bahtera.
Satu golongan mendapat di bahagian bawah dan satu golongan lagi mendapat di bahagian atas. Kumpulan yang berada di bahagian bawah apabila menghendaki air terpaksa menaiki tingkat atas dan menyusahkan kawan-kawan mereka.
Lalu mereka berfikir sekiranya behagian mereka di sebelah bawah ditembuskan senanglah mereka mendapat air (tidak payah ketingkat atas lagi) kalau sekiranya kehendak mereka dibiarkan terlaksana nanti semua mereka akan mati, tetapi sebaliknya kalau kehendak mereka itu disekat semua orang akan selamat”.
Betapa jelasnya hadith ini menerangkan kepada kita kalau sekiranya golongan perosak itu dibiarkan berkuasa sudah barang tentu agama kita dimusnahkan dan negara kita akan dihancurkan. Jalan selamat ialah para alim ulama haruslah bersatu menggembelingkan tenaga dan fikiran untuk menangani masalah politik tanahair.
Mungkin orang akan mempersoalkan ‘apakah yang boleh dilakukan oleh para ulama’? Banyak sekali kerja yang boleh dilakukan oleh para ulama’ di dalam menangani keadaan yang ada sekarang ini. Antara lain:
1. Bertindak menjelaskan Islam dari semua sudut dan aspek kepada semua lapisan masyarakat
2. Mengadakan perbandingan yang rapi dan terperinci antara Islam dan bukan Islam dalam semua aspek seperti ekonomi, undang-undang, politik, pentasdbiran dan sebagainya
3. Menghapuskan segala kekeliruan yang diperlakukan kepada Islam
4. Mentarbiah dan mendidik orang-orang Islam supaya benar-benar mengerti Islam dan perjuangan untuk menegakkan Islam
5. Menyusun rapi segala tenaga yang telah dididik supaya semuanya berfungsi dan berperanan
6. Menjadi bintang kepada Islam untuk menghadapi segala cabaran golongan taghut dan seterusnya mengundurkan golongan tersebut dari kerusi masing-masing melalui cara-cara yang dihalalkan oleh undang-undang.
7. Melibatkan diri dalam semua kegiatan kemasyarakatan dan politik tanahair


SELAMAT BERJUANG SAHABATKU...BARISAN BAKAL PARA ULAMAK..


aku nantikan saat ini,tapi bila..

Wednesday, January 2, 2008


sepuluh Mitos Pernikahan

Menurut sensus terbaru di Amerika menujukan percerain meningkat tajam dimana
hampir setengah dari pernikahan berakhir dengan perceraian. Alasan inilah
yang kemudian banyak pasangan mulai mengevaluasi kembali hubungan mereka.

Berikut 10 mitos yang diyakini di sana dengan fakta menurut penelitian:



- *Mitos 1*: Pernikahan jauh lebih menguntungkan pria dibanding
wanita. *Fakta*: kebalikan dari mitos, penelitian terbaru menemukan
pria dan wanita sama-sama diuntungkan dari pernikahan walaupun dalam cara
berbeda. Baik pria ataupun wanita hidup lebih lama, bahagia, sehat dan
makmur ketika mereka menikah. Suami biasanya mendapatkan lebih banyak
keuntungan kesehatan sementara wanita mendapat keuntungan keuangan lebih
besar.

- *Mitos 2*: Memiliki anak biasanya membawa pasangan menikah
kebersamaan lebih dekat dan meningkatkan kebahagian pernikahan. *Fakta
*: Banyak studi menujukan bahwa datangnya bayi pertama biasanya
memberi pengaruh pada dorongan ibu dan ayah menjadi jauh dan membawa beban
pada pernikahan. Meskipun pasangan dengan anak lebih sedikit mengalami
perceraian dibanding pasangan tanpa anak.

- *Mitos 3*: Kunci sukses penikahan awet adalah keberuntungan yang
baik dan romantisme cinta. *Fakta*: Lebih dari sekedar keberuntungan
dan cinta, alasan lebih umum pasangan sukses memiliki pernikahan yang awet
adalah komitmen dan kebersamaan. Mereka mendefinisikan pernikahan mereka
sebagai sebuah kreasi yang memerlukan kerja keras, dedikasi dan komitmen.

- *Mitos 4*: Lebih terpelajar seorang wanita, semakin rendah
kesempatan mereka untuk menikah. *Fakta*: Berdasarkan sebuah
penelitian pertengahan tahun 1990-an menyimpulkan bahwa wanita lulusan
universitas saat ini lebih mungkin menikah dibanding mereka non universitas
walaupun pernikahan mereka dalam usia lebih tua. Ini sebuah perubahan dari
masa lalu ketika wanita berpendidikan kecil kemungkinan menikah.

- *Mitos 5*: Pasangan hidup bersama sebelum menikah yang dapat menguji bagaimana saling menyesuaikan memiliki kepuasan lebih dan pernikahan mereka lebih awet dibanding pasangan yang tidak melakukan. *Fakta*: Banyak penelitian menemukan bahwa mereka yang hidup bersama sebelum menikah memiliki pernikahan kurang memuaskan dan berpeluang lebih besar akhirnya mengalami perceraian. Alasannya adalah orang yang tinggal bersama sebagai suami istri lebih kecil memiliki komitmen dan lebih mungkin meminta cerai jika masalah muncul.

Mencari damai di hatii...........

Asslamualaikum...ni adalah web baru aku...saja nk test jadi x?hahahhahah..sibuk dok cari caro pt bisnes baru..ahli koperat katakan...