Friday, January 11, 2008

Kes murtad di Peneng

ISU MURTAD DI PENENG


PENANG juga adalah negeri panas dengan isu murtad. Cuma isu murtad ini tidak dapat liputan media massa baik arus perdana mahupun media alternative.Terbaru, tuntutan Murtad oleh Siti Fatimah Tan Abdullah, 38 seorang wanita mualaf. Tuntutan ini dibuat pada Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) selaku difenden 10 Julai tahun lalu.
Menurut satu sumber yang sahih, kes tuntutan keluar Islam ini akan dibaca semua pada 31 Disember ini. Mohamad Zawawi Noor, Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Shariah di sini memutuskan demikian agar MAIPP terlebih dahulu meneliti kes permohonan Murtad oleh difenden.
Nama asal Siti Fatimah adalah Tan Ean Huang. Pemelukan Islam oleh beliau bukan atas dasar keyakinan pada Islam, tetapi demi memenuhi syarat sah berkahwin semata-mata.Beliau sebelum ini berkahwin dengan Ferdoun Ashanian, seorang muslim warganegara Iran.
Menurut MAIPP, kes Siti Fatimah ini pernah dibaca oleh Hakim Syarie Othman Ibrahim pada 11 Ogos yang lalu. Namun, kes ini ditangguhkan tanpa ketetapan tarikh sehingga hari ini demi memberi ruang kepada Unit Ukhwah MAIPP menjalani sesi kaunseling.
Bacaan semula kes ini berpunca oleh pertukaran Hakim. Jangan bersikap demikian!
Sikap tangung-menangguh ini bukan hanya tidak menyelesaikan persoalan pokok (isu Murtad), malah kredibiliti Institusi Kehakiman Syarie juga mungkin tercalar.
Mahkamah Syarie seharusnya lebih pro-aktif dalam memulihara Islam, penganutnya dan sebagai institusi dakwah juga.MAIPP seharusnya lebih pro-aktif mencermati isu ini. Bukan berdiam diri semata-mata.
Yang MAIPP tahu hanya take over masjid-masjid jamek yang dilihat sangat kuat aktiviti kuliah Maghrib dan aktiviti ilmiah. Tuduh pihak-pihak tertentu ini suka berpolitik. Padahal MAIPP pun bukanlah dikenali sangat sebagai institusi agama.
Sampai bila, isu seumpama ini seharusnya disorok daripada pengetahuan ummat Melayu Islam di Pulau Pinang?
Mengapa hanya Badan Dakwah dan Islah (BADAI) di bawah kepemimpinan Ust. Hafiz Nordin (juga selaku Ketua Pemuda PAS Negeri); lantang menggempur kesedaran ummat Melayu-Islam berhubung bahaya Murtad?
Di mana Shabudin Yahya (juga UMNO Penaga), YDP MAIPP? Sila beri penjelasan… -END

No comments: